Utama

Print

Latar Belakang SJK Tiong Ho

 

 

Pembinaan sekolah bermula daripada mesyuarat penduduk Kim San/Jakar yang diadakan bagi membincangkan cadangan untuk membina sebuah sekolah supaya anak-anak penduduk setempat dapat menerima pendidikan formal.    Mesyuarat tersebut telah diadakan bermula jam 2.00 petang di rumah mendiang Encik Wong Chiung Yu.

 

Hasil daripada keputusan mesyuarat ialah sebuah sekolah akan didirikan di Kim San dan sekolah ini hendaklah  dinamakan “Sekolah Rendah Tiong Ho”.  Sekolah ini telah dibina secara gotong- royong dan setiap keluarga hendaklah menyumbangkan tiga hari kerja.

 

                Kos pembinaan bangunan sekolah yang mengandungi tiga buah bilik, beratapkan daun nipah, berlantaikan tanah dan tidak berdinding dan dibiayai dengan sumbangan derma ikhlas penduduk setempat dan peniaga Cina di pekan Sarikei.

 

                Pengurusan sekolah, termasuk urusan pembayaran gaji dan pengambilan guru akan diserahkan kepada pihak   Majlis Daerah Sarikei (Sarikei District Council).

 

Pada hari pertama persekolahan, satu upacara pembukaan sekolah telah diadakan.  Seramai 72 orang murid telah didaftarkan dalam pengambilan murid kali pertama sekolah ini.  Dua orang guru, termasuk guru besar, telah diambil untuk mengajar.     

 

Sekolah Rendah Tiong Ho didaftarkan dengan rasminya sebagai sebuah sekolah rendah oleh Pengarah Pelajaran Sarawak.  Nombor pendaftarannya ialah A.S. 792.  Pentadbiran sekolah ini diletakkan di bawah pihak Majlis Daerah Sarikei.    

 

 

 

2011. Custom text here
By: Fresh Joomla templates, compare the best web hosting providers